HomeLelaki pecah rahsia, kongsi tips seludup makanan dalam panggung wayang
Array

Lelaki pecah rahsia, kongsi tips seludup makanan dalam panggung wayang

 

CYBERJAYA: Tindakan seorang lelaki berkongsi cara menyeludup makanan ke dalam panggung wayang mendapat reaksi ‘panas’ netizen mengatakan rahsia mereka sudah terbongkar.

Menerusi perkongsian video TikTok Ahroooon, dia dilihat memasukkan makanan dari sebuah restoran makanan segera di dalam sebuah kotak kasut.

Bukan itu sahaja, dia berjaya membawa kotak kasut berisi makanan ke dalam panggung dan menikmatinya sambil menonton wayang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net mengakui mereka juga pernah melakukan hal yang sama untuk membawa makanan luar masuk ke dalam panggung wayang.

Namun, ada juga netizen menyuruh lelaki berkenaan untuk tidak berkongsi perkara tersebut dalam media sosial kerana bimbang rahsia diketahui oleh pihak pawagam.

“Jangan post sini nanti mereka tahu lah, aku dah selalu buat macam tu,” kongsi netizen.

“Buat senyap sudah la, karang tak pasal nati staff GSC datang check beg plastik pula,” kata netizen.

“Ala, nanti lebih ketat pula kawalan. Apa benda la bro post benda macam ini,” ujar netizen.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor