CYBERJAYA: Setiap kali ingin melayari laman web asing, pasti timbul kerisauan jika data peribadi mungkin dicuri dan dijual dalam laman web gelap yang hanya boleh diakses individu tertentu sahaja.
Laman web gelap adalah tempat di mana segalanya bebas. Di situ semua orang bebas bersuara namun ia juga merupakan tempat di mana senjata api, pelbagai jenis dadah dan data-data peribadi pengguna diperdagangkan secara bebas.
Akaun Facebook anda, nombor kad kredit dan lain-lain data peribadi boleh dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap ini.
Bagaimanapun, pengguna internet tidak perlu risau kerana anda boleh melayari laman web Have I Been Pwned atau Antivirus F-Secure dan masukkan emel anda lalu ia akan menyenaraikan semjua akaun anda yang datanya telah dicuri.
Begitupun, sementara data ini masih dalam edaran, tidak ada bukti bahawa ia telah digunakan atau dijual dalam apa jua cara.
Namun, untuk memastikan akaun anda selamat, anda perlu menukar kata laluan yang dipautkan ke alamat emel itu secepat mungkin.
Cara paling selamat untuk mengelakkan menjadi mangsa kecurian data, tukarlah kata laluan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya dapat memastikan data berada dalam keadaan selamat.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)