HomeBeritaPolitikMUDA percaya pada kekuatan sendiri, bertanding solo dalam PRN - Syed Saddiq

MUDA percaya pada kekuatan sendiri, bertanding solo dalam PRN – Syed Saddiq

 

CYBERJAYA: Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan parti berkenaan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri di Malaysia secara sendirian.

Meskipun MUDA menjadi sebahagian daripada blok kerajaan, pengumuman itu akan memperlihatkan pertembungan antara MUDA dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Selepas bincang, MUDA buat ketetapan berdasarkan pasa konsensus parti untuk bertanding di PRN atas kekuatan sendiri,” maklum Syed Saddiq dalam sidang media khas MUDA yang turut disiarkan secara langsung di Facebook rasminya hari ini.

Jelas Syed Saddiq, keputusan itu dibuat setelah mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) mengenai pengagihan kerusi.

Author

Pilihan Editor