HomeNiagaUsahawanSkin Dessert nekad perkasa wanita dalam bidang keusahawanan

Skin Dessert nekad perkasa wanita dalam bidang keusahawanan

GEORGE TOWN: Perniagaan produk kosmetik, Skin Dessert nekad membantu golongan wanita khususnya suri rumah menambah pengetahuan berhubung dunia perniagaan sekaligus membuka ruang untuk mereka menjana pendapatan.

Bagi menjayakan inisiatif berkenaan, baru-baru ini Skin Dessert dengan kerjasama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) melancarkan kempen Tabung Pembangunan Usahawan Wanita (TPUW).

Pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah berkata, kempen tersebut bertujuan memberi inspirasi kepada wanita yang mahu melebarkan sayap dalam industri keusahawanan.

“Program ini akan memperkasakan usahawan dengan menyediakan sumber kewangan dan sokongan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan.

“Skin Dessert bawakan beberapa rangkaian produk kita untuk bergerak bersama Tabung Pembangunan Usahawan Wanita.

“Kita gunakan TPUW ini sebagai platform untuk kita dapatkan usahawan-usahawan baru untuk sama-sama bergerak kerja dalam perniagaan Skin Dessert,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran kempen TPUW di Hotel Eastern & Oriental, di sini, pada Selasa.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang, Ahmad Shukri Jamaluddin; Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nur Azzalia Kamaruzaman serta wakil Pengerusi Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Pulau Pinang, Nafizah Ismail.

Untuk rekod, Skin Dessert mula ditubuhkan pada 2019 dengan rangkaian produk penjagaan kulit seperti hydrating gentle cleanser, acne repairing serum, soothing moisturiser, repairing moisturiser serta cushion sunscreen.

Produk kosmetik Skin Dessert juga pernah memenangi beberapa anugerah antaranya, The 11th International Prestige Brand Award 2023: Best Entrepreneur in Halal Skincare of the Year Award 2023 (Asia Excellence Entrepreneur Federation); Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2023; Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award 2022 (MTPN) dan Nona Superhero Award: Nona Best Halal Skincare Award 2021.

Oleh: Ain Japri 

Author

Pilihan Editor