HomeTeknologiZuckerberg bangunkan aplikasi saingi Twitter

Zuckerberg bangunkan aplikasi saingi Twitter

 

CYBERJAYA: Syarikat induk Facebook, Meta telah melancarkan aplikasi tersendiri melalui Instagram yang diberi nama ‘Threads’ untuk bersaing dengan syarikat milik Elon Musk iaitu Twitter.

Demonstrasi aplikasi itu ditunjukkan oleh Ketua Pegawai Produk, Chris Cox, yang menyatakan ia adalah jawapan kepada Twitter.

Aplikasi itu akan berasaskan Instagram dan akan berintegrasi dengan protokol media sosial ActivityPub yang membenarkan pengguna aplikasi boleh membawa akaun dan pengikut mereka ke aplikasi yang menyokong ActivityPub termasuk Mastodon.

“Kami mendapat maklum balas dari pencipta kandungan dan pempengaruh yang berminat untuk memiliki platform yang dikendalikan dengan baik, mereka percaya bahawa boleh diharap untuk pengedaran,” katanya seperti yang dilapor The Wall Street Journal.

Cox turut menyatakan matlamat syarikat dalam aplikasi itu adalah ‘Keselamatan, Kemudahan penggunaan dan Kebolehpercayaan, serta memastikan bahawa setiap pencipta kandungan mempunyai ‘tempat yang stabil untuk membina dan mengembangkan khalayak mereka’.

Dalam pada itu, Meta juga mempunyai selebriti yang komited untuk menggunakan aplikasi tersebut antaranya DJ Slime manakala Oprah Winfrey dan Dalai Lama masih dalam perbincangan.

Walaupun ia baru sahaja memulakan proses penciptaan Januari tahun ini namun Cox berkata, Meta akan menyiapkannya secepat mungkin.

Projek baharu Meta itu merupakan tindak balas terhadap kritikan perubahan dasar di Twitter sejak diambil alih oleh Elon Musk.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor