HomeGlobalDua maut, 10 cedera nahas jejambat runtuh di Bangkok

Dua maut, 10 cedera nahas jejambat runtuh di Bangkok

SEKURANG-KURANGNYA dua terbunuh manakala 10 cedera dalam insiden runtuhan bahagian jejambat di Lat Krabang dekat Bangkok, Thailand pada petang Isnin.

Video mengenai kemalangan tersebut kini berlegar di media sosial.

Bahagian jejambat bertingkat sepanjang 500 meter yang sedang dalam pembinaan runtuh ke atas jalan di bawahnya pada kira-kira 6 petang waktu tempatan.

Segmen itu, yang merupakan sebahagian daripada projek jalan bertingkat On Nut-Lat Krabang sepanjang 2.2 kilometer (km).

Timbalan Gabenor Bangkok, Wisanu Subsompon dalam satu sidang akhbar pada Selasa tidak menolak kemungkinan kemalangan itu disebabkan oleh kren yang tidak seimbang.

“Kerja-kerja pembinaan ditangguhkan sehingga pihak bertanggungjawab mempunyai pelan keselamatan,” katanya memetik laporan AFP.

 

Piawaian keselamatan pembinaan adalah longgar di Thailand, yang mana kes kemalangan merupakan perkara biasa.

Pada 2016, kira-kira 13 orang terbunuh apabila sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh.

Kemalangan itu mencetuskan bantahan daripada kesatuan sekerja, yang mengecam kekurangan standard keselamatan selain gaji rendah dibayar kepada pekerja di tapak pembinaan.

Author

Pilihan Editor