HomeBeritaPolitikIsytihar harta sudah jadi darah daging PKR, kata Rafizi

Isytihar harta sudah jadi darah daging PKR, kata Rafizi

 

SHAH ALAM: Tiada sebarang isu berbangkit mengenai pengisytiharaan harta di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, hal ini kerana perkara itu sudah menjadi ‘darah daging’ parti tersebut.

Apatah lagi, katanya, calon PKR yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang perlu menandatangani bon dan isytihar harta.

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, maka mereka tidak akan dapat menerima watikah,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman PKR PRN di Padang Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Sabtu.

Terdahulu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meminta Kerajaan Perpaduan memberi penjelasan mengenai pengisytiharan harta yang didakwanya tidak lagi dikuatkuasa.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pengisytiharan harta merupakan cara yang baik untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam kalangan menteri-menteri.

Ujar beliau, pertambahan aset yang luar biasa sudah tentu mencurigakan dan dengan pengisytiharan akan memudahkan penyiasatan dilakukan pihak berkuasa.

Berita lanjut menyusul.

Author

Pilihan Editor