HomeGlobalKanak-kanak ganggu penumpang lain punca pesawat kecoh

Kanak-kanak ganggu penumpang lain punca pesawat kecoh

SITUASI di dalam sebuah pesawat menjadi tegang seketika selepas berlaku pertengkaran antara dua penumpang pada 25 Jun lalu.

Video yang tular di media sosial baru-baru ini pada mulanya memaparkan seorang lelaki menyerang seorang penumpang yang duduk di barisan bersebelahan.

“Beraninya awak mengugut anak perempuan saya?” tempik lelaki tersebut lapor Times of India.

Anak kapal yang bertugas juga dilihat cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap syarikat penerbangan Vistara berkata, pertengkaran itu berlaku ketika dalam perjalanan dari Mumbai ke Dehdarun.

“Pada mulanya, seorang penumpang diganggu oleh penumpang kanak-kanak yang duduk berhampiran dengannya.

“Disebabkan tidak selesa dengan gangguan itu, penumpang terbabit menjadi berang dan memarahi perbuatan tersebut. Namun, ia seterusnya menyebabkan ibu bapa kanak-kanak terbabit tampil untuk campur tangan.

“Tetapi pertengkaran tersebut dapat diselesaikan dengan baik selepas dileraikan kru kabin, manakala perjalanan tiba dengan selamat,” katanya.

Author

Pilihan Editor