HomeBeritaPolitikPH-BN umum 36 calon bertanding PRN Kedah

PH-BN umum 36 calon bertanding PRN Kedah

SUNGAI PETANI: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah mengumumkan senarai penuh 36 calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada malam Khamis.

Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar dalam reaksinya menyifatkan kerjasama gabungan tersebut dan juga calon yang ditampilkan diyakini mampu menarik sokongan rakyat pada PRN di Kedah nanti.

Pengumuman dilakukan pada Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Manifesto Perpaduan Kedah di Dataran Laguna Merbok, dekat sini, lapor Sinar Harian.

Hadir sama Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Berikut senarai calon yang disenaraikan oleh PH-BN di Kedah;

Ayer Hangat – Hisham Suhaily Osman (BN)

Kuah – Ahmad Fauzi Chik (PH)

Ayer Hitam – Hayazi Azizan (BN)

Bukit Kayu Hitam – Zainol Abidin Mohamad (BN)

Jitra – Sabrina Ahmad (PH)

Kuala Nerang – Ridzwan Abu Bakar (PH)

Pedu – Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN)

Bukit Lada – Datuk Said Ali Syed Rastan (BN)

Bukit Pinang – Datuk Hadzir Md Zain (PH)

Derga – Tan Kok Yew (PH)

Suka Menanti – Datuk Zamri Yusuf (PH)

Kota Darul Aman – Teh Swee Leong (PH)

Alor Mengkudu – Datuk Mahfuz Omar (PH)

Anak Bukit – Nor Hasita Md Isa (BN)

Kubang Rotan – Mohd Asmirul Anuar Aris (PH)

Pengkalan Kundur – Datuk Dr Ismail Salleh (PH)

Tokai – Zainal Abidin Saad (PH)

Sungai Tiang – Mohammad Fadzil Zolkifpli (BN)

Sungai Limau – Siti Balkhis Husain (PH)

Guar Chempedak – Abdul Paris Abdul Hamid (BN)

Gurun – Mohammed Firdaus Johari (PH)

Belantik – Mazli Saipi (PH)

Jeneri – Datuk Muhamad Khizri Abu Kassin (BN)

Bukit Selambau – Summugam Rengasamy (PH)

Tanjung Dawai – Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin (BN)

Pantai Merdeka – Wan Mohalina Wan Mohamad (BN)

Bakar Arang – Loh Wei Cha (PH)

Sidam – Bau Wong a/l Bau Ek (PH)

Bayu – Datuk Ishak Mat (BN)

Kupang – Muhammad Suhaimi Hamzah (PH)

Kuala Ketil – Suriati Che Mid (BN)

Merbau Pulas – Datuk Asmadi Abu Talib (BN)

Lunas – Shamsul Anuar Abdullah (PH)

Kulim – Teh Lean Ong (PH)

Bandar Baharu – Nuraini Yusoff (BN)

 

Author

Pilihan Editor