HomeBeritaTiada kenaikan tarif air di Selangor - Amirudin

Tiada kenaikan tarif air di Selangor – Amirudin

CYBERJAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa kerajaan Selangor tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri ini.

Dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Facebook beliau, Amirudin berkata, tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.

Menurut beliau, fokus utama pentadbiran kerajaan negeri pada masa ini menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.

“Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan,” katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas laporan berita mendakwa tarif air di Lembah Klang meningkat tahun ini.

Author

Pilihan Editor