BANGI: Negeri Selangor di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan akan tetap dipertahankan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual pada 12 Ogos ini, tegas Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan terpedaya dengan sentimen dimainkan Tan Sri Noh Omar, yang dilihat cuba mengalih undi UMNO kepada Perikatan Nasional (PN).