HomeHiburanWany Hasrita selamat lahirkan bayi perempuan

Wany Hasrita selamat lahirkan bayi perempuan

CYBERJAYA: Penyanyi Wany Hasrita selamat melahirkan bayi perempuan secara normal tepat pukul 7.14 malam,  di sebuah pusat perubatan, semalam

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagramnya, petang tadi.

“Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada Sabtu, pukul 7.14 malam secara normal. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.

“Anak ibu semoga menjadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.

“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Ibu love you,” tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen pada hantaran tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti serta mendoakan kesihatan Wany dan anaknya.

Terdahulu, Wany sah bergelar isteri kepada jurutuerbang, Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.

Author

Pilihan Editor