HomeHiburan'Cepat dapat pengganti?' - Netizen kecam aksi Diana Danielle keluar 'dating'

‘Cepat dapat pengganti?’ – Netizen kecam aksi Diana Danielle keluar ‘dating’

CYBERJAYA: Pelakon, Diana Danielle sekali lagi menjadi kontroversi apabila memuat naik foto seolah-olah sedang ‘dating’ dengan seseorang ketika dalam tempoh iddah.

Diana, 32, memuat naik foto yang memaparkan dirinya memakai baju ‘sleeveless’ seperti berada di sebuah restoran dan tersenyum sambil memegang tangan seseorang tanpa mendedahkan wajah individu berkenaan.

“POV: you’re on a date with me,” tulisnya ringkas.

Meskipun difahamkan tangan itu adalah tangan rakan wanitanya, namun rata-rata pengikut kurang senang dengan penampilan serta aksi Diana apabila didakwa masih dalam tempoh iddah.

Netizen meminta agar Diana menghormati tempoh berkenaan kerana dia baru sahaja bercerai dengan aktor Farid Kamil, 42, pada 10 Ogos lalu.

“Jaga iddah, kita ni orang Islam,” komen seorang netizen.

“Orang perempuan kena jaga iddah selepas bercerai. Akhir zaman, wanita tak rasa lagi malu bila diceraikan,” kata seorang lagi warga net.

“Cepat dapat pengganti?” sindir seorang netizen di ruangan foto itu.

Terdahulu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu selepas Farid melafazkannya menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof sebaik sahaja mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Author

Pilihan Editor