HomeBeritaPolitikChia Zhen bakal dilantik EXCO Kedah - Sanusi

Chia Zhen bakal dilantik EXCO Kedah – Sanusi

WAKIL tunggal Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah boleh dipertimbangkan untuk dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri.

Pada masa sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Wong Chia Zhen yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim itu akan dicadang untuk mengisi portfolio bersesuaian.

“Kita ada wakil Gerakan bukan Islam dan dia boleh menyertai kerajaan negeri untuk mewakili bukan Islam, bukan Melayu.

“Saya juga tidak ada masalah untuk berkhidmat kepada bukan Melayu di Kedah, tidak ada diskriminasi,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu Muhammad Sanusi melafaz sumpah memegang jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit.

Chia Zhen satu-satunya calon bukan Melayu yang mewakili PN yang dalam PRN Sabtu lalu.

Beliau menang di DUN Kulim dengan majoriti 7,742 selepas meraih 23,278 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Teh Lean Ong yang hanya meraih 15,536 undi.

DUN Kulim satu-satunya kerusi dimenangi Gerakan berbanding keseluruhan 37 kerusi yang diwakili calon parti itu pada PRN.

Author

Pilihan Editor