HomeBeritaGrab Malaysia bantu keluarga nahas Elmina

Grab Malaysia bantu keluarga nahas Elmina

GRAB Malaysia sudah pun menghubungi keluarga Sharipuddin Shaari, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor untuk memberi sokongan dan bantuan sewajarnya.

Grab Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, di samping faedah perlindungan insurans, pihaknya juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.

Ia termasuk bayaran daripada dana Grab Partner Zakat serta sumbangan Grab Malaysia dan komuniti rakan penghantar.

“Keluarga Grab mengucapkan takziah kepada keluarga, waris dan rakan-rakan Sharipuddin yang juga seorang rakan penghantar berdedikasi. Sharipuddin adalah individu yang rajin dan kami seluruh komuniti rakan penghantar berduka cita kerana insiden itu berlaku ketika Allahyarham sedang bekerja keras mencari rezeki halal.

“Kami dapat merasakan kesedihan yang dilalui semua ketika ini. Kami memanjatkan doa buat keluarga Allahyarham dan keluarga mangsa lain yang terbabit dalam nahas tragis di Elmina,” kata kenyataan itu.

Sharipuddin, 53, adalah seorang daripada 10 terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, pada Khamis.

Tragedi itu turut mengorbankan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Author

Pilihan Editor