HomeNiagaHWC Coffee terima Sijil Halal Jakim

HWC Coffee terima Sijil Halal Jakim

PUCHONG: HWC Coffee Malaysia menerima pengesahan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam majlis perasmian di IOI Mall Puchong baru-baru ini.

Pengasas HWC Coffee, Hoe Kian Choon berkata, pencapaian tersebut mengesahkan komitmen mereka untuk memastikan semua produk keluaran HWC Coffee seperti kopi, kek, pastri, dan makanan lain mematuhi garis panduan Islam yang ketat, supaya selamat dan boleh dinikmati oleh pelanggan Muslim.

“Kami faham bahawa sebahagian besar pelanggan kami mengikut garis panduan halal. Dengan memperoleh pensijilan halal, kami mewujudkan ruang inklusif apabila pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat boleh bersama-sama menikmati hidangan yang lazat dan kopi yang luar biasa, tanpa ada rasa bimbang terhadap sumber makanan dan minuman mereka,” katanya.

Menurutnya, usaha ini selari dengan nilai-nilai syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2022, yang mahu produk mereka dinikmati semua golongan pelanggan.

HWC Coffee mempunyai 32 cawangan di seluruh Malaysia, dan kesemuanya dalam proses untuk memperolehi pensijilan halal masing-masing.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Mohamad Zamri Mohamed; Penolong Pengarah Kanan Jakim, Mohd Fakarudin; dan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Jakim, Nursyazrin Nazee Mudeen.

Author

Pilihan Editor