HomeNiagaJualan kenderaan meningkat 27.5% pada Julai

Jualan kenderaan meningkat 27.5% pada Julai

KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan meningkat 27.5 peratus kepada 63,676 unit pada Julai berbanding 49,934 unit bulan sama tahun lalu.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan penumpang mencatat kenaikan ketara kepada 57,939 unit berbanding 44,574 unit tahun 2022.

Jualan kenderaan komersial turut meningkat kepada 5,737 unit daripadar 5,360 unit.

Bagi tujuh bulan pertama tahun ini, jualan melonjak kepada 429,807 unit berbanding 381,680 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut MAA, jumlah keseluruhan industri (TIV) yang lebih tinggi bulan lalu disebabkan normalisasi rantaian bekalan automotif dan pemenuhan tempahan diterima bagi pelancaran model baharu.

Jualan kenderaan Ogos juga dijangka lebih baik berbanding Julai.

Ia berikutan pengenalan beberapa model baharu serta kempen promosi sempena hari kebangsaan. – Buletin TV3

 

Author

Pilihan Editor