HomeBerita‘Semua mayat nahas pesawat ditemui tak sempurna’

‘Semua mayat nahas pesawat ditemui tak sempurna’

SUBANG JAYA: Semua mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dekat Elmina, Shah Alam, ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata keadaan mayat mangsa sedemikian disebabkan impak pesawat yang berkecai.

Ketika ini, identiti dua lagi mangsa iaitu orang awam sedang dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, identiti semua mangsa, walaupun sudah dikenal pasti perlu disahkan melalui ujian forensik.

“Pengesahan akan diumumkan oleh polis kelak,” katanya.

Setakat ini, Kementerian Pengangkutan mengesahkan identiti dua kru pesawat iaitu Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, manakala penumpang ialah Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Datuk Seri Johari Harun, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib Ramali. – Berita Harian

Authors

Pilihan Editor