HomeBeritaViralLelaki buang sampah di Pantai Lido dibuang kerja

Lelaki buang sampah di Pantai Lido dibuang kerja

PERKHIDMATAN seorang pekerja kontrak pembersihan ditamatkan serta-merta, selepas dikenal pasti bertanggungjawab membuang sampah dari tong ke tepi Pantai Lido, di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata, tindakan tegas itu susulan pihaknya mengenal pasti pelaku serta syarikat kontraktor yang berkaitan.

“MBJB mengarahkan kerja-kerja pembersihan semula di kawasan berkaitan. Kerja dijalankan dengan segera oleh pihak kontraktor pada hari kejadian.

“MBJB turut mengeluarkan surat amaran kepada kontraktor berkaitan dan mengarahkan menandatangani surat aku Janji bagi memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, media sosial kecoh dengan perbuatan seorang pekerja pembersihan yang mencemari alam sekitar, apabila membuang sampah di tepi pantai.

Perbuatannya disedari oleh seorang wanita yang menghentikan kenderaan di lokasi di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas pulang bersenam pagi semalam.

Ketika meninjau pantai berkenaan, wanita itu mendapati lokasi terbabit dipenuhi dengan plastik sampah dipercayai dibuang pekerja pembersihan itu.

Author

Pilihan Editor