HomeBeritaViralPemuda tak menyesal berhenti kerja demi jaga ibu terlantar sakit

Pemuda tak menyesal berhenti kerja demi jaga ibu terlantar sakit

CYBERJAYA: Tindakan seorang pemuda yang berhenti kerja semata-mata ingin menjaga ibunya yang sakit mendapat perhatian warga net selepas videonya tular di media sosial.

Kebanyakan perkongsian video TikTok @alifr0z memaparkan rutin hariannya sepanjang hari ketika menjaga ibunya yang sakit.

Menurut Alif, dia berpuas hati dengan keputusannya meninggalkan kerjaya korporatnya demi menjaga ibunya sepenuh masa.

“Tinggalkan kerjaya korporat 9 pagi hingga 5 petang saya untuk jaga ibu yang sakit terlantar dan itu merupakan keputusan terbaik yang pernah saya buat. Sumpah lagi best jaga sendiri,” katanya.

Tambahnya, keputusan itu antara paling sukar namun, paling terbaik kerana dapat berbakti kepada ibu.

Perkongsian video tersebut nyata mendapat perhatian pelakon, Liyana Jasmay yang tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Alif.

Pelakon drama ‘Ponti Anak Remaja’ itu mengakui dirinya pernah melalui situasi yang sama seperti pemuda itu ketika menjaga ibunya yang sakit.

May Allah SWT reward you, Jannah, my heart is tender watching this video. Reminds me of how we took care of our mama in the same condition,” luah Liyana.

Malah, perkongsian video tersebut turut meraih pelbagai respon dalam kalangan netizen di ruangan komen.

My mom cancer stage 4 and dia lumpuh sebelum dia meninggal. Kami semua tak menyesal jaga dia patiently. Looking back, you will be proud,” luah netizen.

Toughest decision but its the best decision you ever made. Proud of you dik. Moga Allah kurniakan sebaik-baik tempat untuk adik di dunia dan akhirat,” komen netizen.

“Saya ada kawan lelaki, dia berhenti kerja balik kampung untuk jaga ayah dia sampailah ayah dia meninggal, sekarang dia jadi pensyarah,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor