HomeBeritaPolitikPN Pusat tentukan Ketua Pembangkang P.Pinang

PN Pusat tentukan Ketua Pembangkang P.Pinang

GEORGE TOWN: Pimpinan pusat Perikatan Nasional (PN) akan menentukan individu yang bakal dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Pesuruhajaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, setakat ini PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menghantar beberapa nama calon yang sesuai bagi mengisi jawatan tersebut, termasuk nama beliau serta Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pulau Pinang, Zulkefli Bakar.

“Ketua pembangkang DUN akan ditentukan oleh pimpinan PN pusat, kita cuba untuk selesaikan (Ketua Pembangkang DUN), ia tidak dapat dimuktamadkan pada pagi ini (Selasa).

“Calon Ketua Pembangkang ini ada beberapa nama yang dihantar masing-masing oleh PAS dan Bersatu, kami (PAS) ada tujuh ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) manakala Bersatu pula empat ADUN, yang mana PAS diketuai saya selaku Pesuruhajaya PAS dan Zulkefli (Bersatu), ini antara nama-nama yang telah dihantar,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Pada Mac lalu, PN Pulau Pinang menamakan bekas ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq sebagai Ketua Pembangkang untuk DUN Pulau Pinang.

Author

Pilihan Editor