Presiden MATTA, Nigel Wong Chun Teim, berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Sasaran itu termasuk RM70 juta daripada penjualan pekej-pekej pelancongan domestic, dan juga daripada pelancongan antarabangsa seperti Arab Saudi. Terdapat juga pameran kerjaya yang akan berlangsung serentak sepanjang minggu pertama bulan hadapan, iaitu dari 1 hingga 3 September 2023.