HomeHiburanZainal Abidin akui dah berpisah dengan Fyna Jebat

Zainal Abidin akui dah berpisah dengan Fyna Jebat

CYBERJAYA: Bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin mengesahkan hubungannya dengan penyanyi, Fyna Jebat sudah berakhir.

Jelas Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Hassan, 61, dia ada berjumpa dengan bekas isterinya itu di sebuah kedai makan baru-baru ini.

“Memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri. Kami dah berpisah dengan cara damai.

“Berjumpa dan pergi makan sebab nak selesaikan beberapa masalah,” kata Pengarah Teknikal IFC itu dalam satu wawancara bersama Astro Arena, baru-baru ini.

Untuk rekod, tidak sampai tiga bulan selepas didakwa bercerai, Zainal dan Fyna dilihat bersarapan bersama di sebuah restoran makanan Melayu di Damansara, minggu lalu.

Video pertemuan mereka itu tular di media sosial sehingga menjadi perbualan netizen mengenai status perceraian yang pernah didedahkan anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah.

Author

Pilihan Editor