HomeHiburan'Abang jangan main-main eh'- Netizen setuju Sherry Alhadad, Abang Proton bercinta?

‘Abang jangan main-main eh’- Netizen setuju Sherry Alhadad, Abang Proton bercinta?

CYBERJAYA: Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad mendapat perhatian ramai selepas video dia keluar bersama seorang lelaki tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video TikTok Amir Moktar, wajah Sherry, 39, dihiasi dengan senyuman apabila mengetahui Amir sedang merakamnya.

Malah, mereka berdua dilihat menghabiskan masa bersama menikmati hidangan tengah hari di sebuah restoran.

Amin yang turut menggelar dirinya sebagai Abang Proton turut mengucapkan terima kasih kepda Sherry yang sentiasa menceriakan hidupnya.

Evening date with her. Terima kasih selalu menceriakan hidup I. sekian Abang Proton,” tulisnya di kapsyen.

Bagaimanapun, Amir menjelaskan mereka berdua tidak mempunyai hubungan istimewa dan hanya sebatas rakan.

“Jangan risau kitorang tak ada apa-apa pun. Kami selesa berkawan baik begini. 

“Sherry ni dah jadi client saya sejak tahun 2019 lagi. Nanti saya cerita macam mana saya kenal beliau,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berseleroh mengatakan bahawa mereka bersetuju sekiranya mereka berdua betul-betul mempunyai hubungan yang serius.

“kalau ada apa-apa pun ok je ..saya suka… Sherry cantik,” luah netizen

“Kalau dah jodoh, abang cari balik saya. Saya payung inai kak Sherry,” kongsi pengguna TikTok

“Abang jangan main-main dengan Sherry eh, dia antara kesayangan Malaysia. Siap bang!” Komen netizen.

Author

Pilihan Editor