HomeHiburan'Another level', suami Intan Najuwa beri hadiah kuda putih sempena 'birthday'

‘Another level’, suami Intan Najuwa beri hadiah kuda putih sempena ‘birthday’

CYBERJAYA: Pelakon Datin Intan Najuwa menerima hadiah seekor kuda dari suaminya, Datuk Azraf Azman sempena hari lahirnya yang ke-26 tahun.

Intan berkongsi detik gembira itu menerusi video yang dikongsinya di TikTok.

Di dalam video itu, kelihatan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu sedang bersama dengan seekor kuda berwarna putih di The Royal Selangor Polo Club, Kuala Lumpur.

Kuda putih itu turut diberi gelaran ‘Trulala’ oleh Intan.

“Hadiah hari jadi terbaik daripada suami. Selamat datang ke keluarga kami, Trulala,” tulisnya di kapsyen.

Ruangan komen pelakon kecil molek itu dipenuhi dengan ucapan tahniah serta gurauan netizen.

“Another level Intan ni. Hadiah birthday bagi kuda nyah, love love love,” komen netizen.

“Akak minta kucing gebu pun tak dapat. Nasib lah ada kucing orang buang, ambil bela,” kongsi netizen.

“Ini yang rahsia tu eh? Happy for you my fav girl” tulis netizen.

Terdahulu, Intan dan Azraf telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos dengan mas kahwin sebanyak RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000. 

Author

Pilihan Editor