HomeBeritaViralPadah minta tolong bomba cabut sikat tersangkut di rambut anak, wanita ini...

Padah minta tolong bomba cabut sikat tersangkut di rambut anak, wanita ini terima kecaman netizen

UMUM mengetahui tugas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bukan sahaja memadam kebakaran namun, turut menolong orang awam yang berada dalam kesulitan.

Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang wanita bergelar ibu bertindak meminta bantuan anggota JBPM apabila tidak berjaya mengeluarkan sikat yang tersangkut di rambut anaknya.

Difahamkan, wanita tersebut telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan sikat rambut namun tidak berjaya.

Tambahnya, dia sebolehnya ingin mengelakkan rambut anaknya dari dibawa ke salon kerana risau akan digunting.

Sehubungan itu, dia memutuskan untuk membawa anaknya ke balai bomba di Sungai Buloh untuk meminta pertolongan mengeluarkan sikat yang tersangkut di rambut anaknya itu.

Tidak sampai 15 minit, sikat itu akhirnya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang menolongnya.

Walau bagaimanapun, video wanita itu mengundang kecaman netizen di pelbagai platform media sosial.

“Tak tahulah macam tak nampak keperluan rambut anak tersangkut sikat sampai nak kena panggil bomba, potong jelah rambut anak tu. I don’t know mungkin itu juga masalah yang bomba kena selesaikan,” komen netizen.

Bodohnya sikat tersangkut kat rambut anak pastu mak dia bawak pergi balai bomba mintak tolong bomba keluarkan sikat…. sebab tak nak potong rambut anak,” selar netizen

“Kadang kadang orang ramai ni macam nak ‘menyalahguna’ kebaikan dan perkhidmatan bomba pon ada tau dia macam meluat sikit tau kalau benda benda simple pon nak mintak tolong bomba, kesian aa bomba semua benda nak kena buat,” tulis netizen.

Tinjauan MEDIA VARIASI di TikTok wanita itu menunjukkan ruangan komen di video berkenaan telah ditutup.

Author

Pilihan Editor