HomeSukanPelan B Al-Ittihad dapat khidmat Salah

Pelan B Al-Ittihad dapat khidmat Salah

KELAB Arab Saudi, Al-Ittihad tidak akan berputus asa dalam mendapatkan Mohamed Salah, jika mereka gagal mendapat penyerang sensasi Liverpool itu sebelum tarikh akhir jendela perpindahan.

Sumber rapat Al-Ittihad yakin bahawa sudah terlambat buat kelab berpangkalan di Jeddah itu untuk mendapatkan khidmat Salah, apabila jendela perpindahan Arab Saudi ditutup pada jam 10 malam Khamis.

Namun, ia bukanlah penamat buat Al-Ittihad untuk menambat hati pemain berusia 31 tahun itu, lapor Mirror.

Kelab itu juga mempunyai pelan B, jika bidaan itu gagal, mereka akan berusaha sekali lagi apabila jendela perpindahan dibuka semula pada awal tahun depan.

Sebelum ini, kelab itu memberi tawaran hebat sebanyak 170 juta pound (RM999 juta), namun gagal melembutkan hati pengurusan Liverpool dan jurulatihnya, Jurgen Klopp.

Klopp tetap berkeras bahawa Salah bukan untuk dijual, tetapi wakil penyerang itu membuka pintu untuk mendengar tawaran dari Al-Ittihad.

Bagi memujuk Salah supaya meninggalkan Anfield, pemain Mesir itu turut ditawarkan gaji 2.45 juta pound (RM14.4 juta) seminggu.

Secara keseluruhan Salah telah membuat 309 penampilan bersama The Reds sejak menyertai mereka pada tahun 2017.

Author

Pilihan Editor