HomeBeritaPerhilitan Johor siasat kehadiran 'Pak Belang'

Perhilitan Johor siasat kehadiran ‘Pak Belang’

 

SEGAMAT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan sedang menyiasat aduan mengenai kehadiran harimau belang di kawasan belukar Felda Redong, di sini, kelmarin.

Pengarahnya, Aminuddin Jamin berkata, siasatan dilakukan susulan laporan diterima pihaknya berhubung perkara itu.

“Kami masih siasat memandangkan tiada rekod (kehadiran harimau belang) dilaporkan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya jantina harimau belang itu, Aminuddin memaklumkan pihaknya belum mempunyai maklumat serta petunjuk jelas dan akan mengemas kini dari semasa ke semasa.

“Kami nasihatkan penduduk lapor terus kepada Perhilitan jika mengesan kehadiran haiwan itu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial foto tapak kaki binatang buas dipercayai harimau belang di sekitar kawasan belukar Felda itu.

Kehadiran harimau di kawasan itu dikesan selepas seorang penternak mendakwa lembu peliharaannya mati dengan kesan luka dipercayai diserang haiwan liar itu.

Ia susulan penemuan tapak kaki haiwan liar itu berhampiran bangkai lembu peliharaan miliknya itu. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor