HomeBeritaPolitikSyed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik lepas jadi pembangkang

Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik lepas jadi pembangkang

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa kerajaan telah menarik balik peruntukan kepadanya sebaik sahaja beliau tidak lagi bersama Kerajaan Perpaduan.

Syed Saddiq menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan beliau sendiri mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Dalam bab ini, saya dapat pengesahan daripada pihak ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan), sebaik saja saya berada di blok ini peruntukan telah ditarik dan dikosongkan.

“Persoalan sama kepada semua Ahli Parlimen pembangkang, yang saya yakin sampai hari ini tidak dapat peruntukan.

“Dalam RM3.8 juta yang semua Ahli Parlimen kerajaan dapat, RM2 juta boleh diperuntukkan untuk bina dewan, baik pulih sekolah dan bantu orang susah.

“Jangan nak tuduh. Persoalannya, kenapa Ahli Parlimen kerajaan boleh dapat RM4 juta, pembangkang dapat RM0. Jawab kepada rakyat,” katanya.

Author

Pilihan Editor