HomeBeritaWawa Zainal ajak orang ramai sertai 'Wawa Warriors'

Wawa Zainal ajak orang ramai sertai ‘Wawa Warriors’

USAHAWAN jelita, Wawa Zainal mengajak orang ramai untuk menyertai ‘Wawa Warriors’ iaitu reseller bagi produk keluaran Wawa Cosmetics.

Katanya, banyak manfaat bakal diperolehi selaku Usahawan WAWA termasuklah  mendapat sokongan penuh daripada pihak HQ dari segi pemasaran dan strategi termasuk peluang melancong ke luar negara.

“Kami akan membantu anda dalam memahami pasaran dan bagaimana untuk mempromosikan produk kami secara berkesan.

“Produk-produk WAWA sangat mudah untuk dijual, dan mendapat permintaan yang tinggi. Selain mudah mendapat pelanggan, kami akan pastikan sesiapa yang menyertai akan memperolehi pendapatan tinggi,” kata Wawa seperti dilapor Astro Awani.

Tambah Wawa, bahan pemasaran turut akan disediakan pihaknya melalui saluran Telegram khas bagi mereka yang berminat menjadi usahawan.

“Kami juga akan bekerjasama dengan anda dalam merancang strategi pemasaran yang efektif.

“Kejayaan anda adalah kejayaan kami, jadi kami akan berusaha bersama-sama untuk mencapai matlamat anda,” ujarnya.

Pada masa sama, Usahawan WAWA turut berpeluang untuk melancong ke luar negara.

“Ada peluang melancong luar negara kerana kami berdua (termasuk suami, Aeril Zafrel) ni suka travel! (dengan terma dan syarat) Anda juga akan bergabung dengan komuniti “Wawa Warriors” yang dipimpin oleh ketua yang terlatih dan sentiasa memberikan sokongan positif,” maklumnya.

 

Author

Pilihan Editor