HomeBeritaBelanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM10 juta buat Palestin

Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM10 juta buat Palestin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi bantuan kepada warga Palestin susulan krisis yang melanda di negara Islam tersebut ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk penyediaan dana sebanyak RM10 juta untuk tujuan tersebut.

“Saya dengan ini memutuskan semalam Menteri Luar menyebut dana awal RM1 juta saya tambah permulaan dana dari kerajaan RM10 juta.

“…dan saya akan pastikan semua GLIC (Syarikat Pelaburan Kerajaan), GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dan syarikat-syarikat swasta cuba mengumpulkan bersama rakyat dengan dana awal sekurang-kurangnya RM100 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

Anwar berkata, perkembangan mutakhir di Semenanjung Gaza bertambah gawat tatkala Israel kini telah mengepung warga Gaza dan Israel secara ganas dan biadab ingin menghalau mereka ke selatan semenanjung tersebut.

Author

Pilihan Editor