HomeGlobal'Crush' ajak kahwin, wanita seronok cinta terbalas

‘Crush’ ajak kahwin, wanita seronok cinta terbalas

CYBERJAYA: Tular di platform TikTok apabila seorang wanita dikenali Sophia Al Jufri mendedahkan cintanya terbalas apabila ‘crush’ yang disukainya mengungkapkan rasa cinta dan mengajaknya berkahwin.

Menerusi perkongsian tersebut, Sophia memaklumkan dia menyukai lelaki berkenaan yang juga merupakan kawan kepada abangnya, Faris sejak tahun 2015 sebelum kahwin.

Namun, pada saat itu dirinya hanya mampu memendam perasaan selain membayangkan lelaki berkenaan seperti watak Farel dalam drama bersiri My Heart.

“Tahun 2015 adalah awal cerita aku suka sama kamu. Tidak tahu kenapa, tapi aku selalu ingat Farel dari series My Heart kalau,” tulisnya.

Malah, dia turut meluahkan rasa suka dan bahagia apabila lelaki yang diminatinya sering datang ke rumah, meskipun cuma berjumpa dengan abangnya pada ketika itu.

Bercerita lanjut, dirinya mula menjaga penampilan diri sebaik sahaja menginjak remaja termasuk melakukan diet dan belajar bersungguh-sungguh.

Tambahnya, dia komited untuk melakukan perubahan diri selepas mengetahui lelaki berkenaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pada Mei 2019, dia sudah menamatkan pelajaran dan mendapat khabar rakan abangnya bernama Faris itu juga telah pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, dirinya mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada jejaka tersebut selepas tersebarnya khabar angin mengatakan Sophia merupakan teman wanita kepada Faris.

Dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada lelaki tersebut kerana tidak mahu timbul salah faham.

Detik mereka bermula selepas lelaki tersebut secara tiba-tiba menghantar mesej dan meluahkan perasaan suka kepadanya.

“Aku sebenarnya suka sama Hedi (Sophia),”ujarnya yang juga sudah lama memendam perasaan.

Dan kini, mereka berdua hidup bahagia sebagai suami isteri dan mempunyai seorang anak lelaki.

Dalam pada itu, dia juga tidak menyangka bahawa orang yang disukainya sejak kecil itu menjadi suami dan bapa kepada anaknya.

Author

Pilihan Editor