HomeHiburan'Dayang Anisha suka memasak'- Ini 7 trivia menarik bakal isteri Putera Mateen

‘Dayang Anisha suka memasak’- Ini 7 trivia menarik bakal isteri Putera Mateen

JANUARI 2024, putera kesayangan ramai, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya Dayang Anisha Rosnah Adam.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu dikhabarkan akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari diikuti Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari 2024.

Pasti warga net tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berjaya menawan hati anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Seri Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Oleh itu, MEDIA VARIASI kongsikan tujuh trivia mengenai wanita cantik iaitu Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.

  1. Dayang Anisha turut dikenali dengan nama Anisha Isa Kalebic dilahirkan pada 1994.
  2. Bakal isteri Putera Mateen ini merupakan cucu kepada Penasihat sultan yang berpengaruh di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim.
  3. Datuknya juga merupakan seorang manteri, iaitu golongan pembesar diraja dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.
  4. Abang kandung Dayang Anisha, Danial Deen Isa Kalebic merupakan sahabat rapat Mateen.
  5. Khabar angin hubungan percintaan antara Putera Mateen dan Anisha mula heboh diperkatakan sejak tahun 2018.
  6. Bukan setakat memiliki wajah yang rupawan, Anisha juga suka memasak. Malah, beliau turut memiliki akaun Instagram khas @anishakitchen untuk berkongsi gambar hidangan serta resipi masakannya.
  7. Anisha juga merupakan graduan universiti popular di England serta memiliki perniagaan fesyen diberi nama Silk Collective.

Author

Pilihan Editor