HomeNiagaUsahawanE-Juwita tingkat jualan usahawan kecil

E-Juwita tingkat jualan usahawan kecil

IPOH: Program E-Jualan Wanita (E-Juwita) berjaya meningkatkan hasil jualan produk dalam kalangan pengeluar kuih beku secara kecil-kecilan.

Fokus program E-Juwita yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad 8 September lalu ialah membangunkan usahawan wanita yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan memasarkan produk melalui platform digital seperti Lazada, Shoppe, Tiktok dan sebagainya.

Program tersebut sejajar de¬ngan matlamat dalam pelan Pe¬rak Sejahtera 2030.

Program dikendalikan oleh Sekretariat Pembangunan Wa¬nita dan Masyarakat (Wanita Perak), Sekretariat Pembangunan Usahawan (STeP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) negeri Perak melibatkan 24 kawasan Parlimen di negeri ini.

Pemilik perniagaan kuih sejuk beku Jwan Delight di sini, Jamaliah Md Yatim, 52, berkata, program E-Juwita yang memfokuskan pemasaran produk secara dalam talian terbukti membantu meningkatkan jualan produknya sehingga lebih 50 peratus.

“Saya bersyukur diberi peluang menyertai program ini kerana bukan sahaja hasil jualan meningkat tetapi ilmu pemasaran yang diperoleh sangat berguna dalam perniagaan.

“Sebelum menyertai program ini, saya meraih pendapatan le¬bih kurang RM800 sebulan tetapi kini saya dapat lebih kurang RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,” katanya.

Menurut Jamaliah, melalui program itu dia dapat menguasai teknik pemasaran secara dalam talian yang secara tidak langsung membantu meningkatkan jualannya.

Katanya, sejak menyertai program itu, hasil jualannya mencatat peningkatan ketara berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dalam masa sehari, dia mampu menghasilkan lebih kurang 2,000 biji kuih karipap sejuk beku.

“Melalui menyertai program ini, kami usahawan kecil mene¬rima peruntukan RM5,000 sama ada sebagai modal pusingan, memulakan perniagaan atau membeli peralatan perniagaan.

“Saya berhasrat untuk membeli mesin bagi meningkatkan penghasilan kuih dengan ba¬nyak dan cepat,” katanya.
Menurut Jamaliah, sejak memulakan perniagaan pada 2011, kerajaan negeri banyak membantu mengembangkan perniagannya.

“Saya harap dengan bantuan kerajaan negeri ini, saya dapat mengembangkan lagi perniagaan ke tahap lebih besar,” katanya. – UTUSAN

Authors

Pilihan Editor