HomeBeritaHujan lebat, ribut petir diramal di seluruh Malaysia hingga lewat malam

Hujan lebat, ribut petir diramal di seluruh Malaysia hingga lewat malam

CYBERJAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir bakal melanda di semua negeri di Semenanjung pada petang ini dan berkemungkinan berlarutan hingga lewat malam.

METMalaysia memaklumkan, kawasan pedalaman Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor diramal hujan lebat dan ribut petir dan dijangka mampu berterusan sehingga ke lewat malam.

“Keadaan yang sama juga diramal di Sabah dan Sarawak dengan tumpuan di sekitar kawasan pedalaman Sabah, Limbang serta Kapit untuk Sarawak,” katanya memetik Berita Harian pada Ahad.

MetMalaysia turut berkata, sehingga tengah hari ini, kawasan persisiran pantai timur Semenanjung di Kelantan, Terengganu dan Pahang selain timur Johor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir manakala kebanyakan negeri lain menunjukkan cuaca cerah dan baik.

Maklumnya lagi, tinjauan cuaca semasa di Sabah dan Sarawak pula menunjukkan ribut petir di beberapa bahagian kawasan di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Betong, Kapit dan Miri yang dijangka berterusan sehingga tengah hari.

“Sabah pula keadaan cuaca cerah dan baik untuk kebanyakan bahagian negeri berkenaan dan ia juga dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya awal petang ini,” maklumnya.

Katanya, bagi tinjauan cuaca sebelah petang pihaknya masih menjangkakan hujan lebat dan ribut petir di hampir semua negeri di Semenanjung terutama sekitar pedalaman negeri berkenaan berpotensi berlarutan hingga lewat malam.

Author

Pilihan Editor