HomeGlobalPatutlah cantik! Jurugambar dedah 'sosok' di sebalik foto pengantin

Patutlah cantik! Jurugambar dedah ‘sosok’ di sebalik foto pengantin

SETIAP pasangan mempelai pasti impikan gambar perkahwinan yang cantik untuk dijadikan memori.

Namun, siapa sangka di sebalik gambar yang terlihat indah persis kisah fantasi itu punya cerita kesungguhan yang tidak dinyatakan pada dunia.

Baru-baru ini, tular video memaparkan kerja belakang tabir membabitkan seorang jurugambar yang dibantu pembantunya di Tokyo, Jepun.

Menerusi video yang dikongsi dalam Facebook Unilad Entertainment, kelihatan paparan foto pasangan pengantin yang cantik dan kreatif diambil oleh jurugambar dikenali Mr. Nakamichi.

Menjadi perhatian adalah di sebalik terhasilnya foto yang cantik itu, wujud kesungguhan seorang wanita yang merupakan rakan setugas merangkap isteri kepada Mr Nakamichi.

Dalam video itu, kelihatan isteri Mr Nakamichi gigih menyediakan barangan prop, menerbangkan gaun pengantin, membuat buih-buih serta melemparkan dedaunan gugur demi memastikan gambar pengantin kelihatan menarik.

Malah, ada juga babak yang memaparkan isteri Mr Nakamichi sanggup baring di jalanan semata-mata memastikan gaun pengantin tidak bergerak ditiup angin.

Disebalik buih-buih cinta itu wujud seorang wanita yang menghasilkan buih tersebut.

Menurut Mr Nakamichi, dia dan pasangannya itu sentiasa memberikan yang terbaik buat para pelanggan.

Beliau turut menyatakan studio mereka sentiasa dipenuhi rasa ‘cinta’ dan ia sememangnya terbukti menerusi hasil foto yang diambil mereka.

Antara aksi yang dirakam ketika sesi fotografi bersama pengantin.

 

Author

Pilihan Editor