HomeHiburan'Pi Mai Pi Mai, Tang Tu', Sabri Yunus sah nikahi Angeline Tan

‘Pi Mai Pi Mai, Tang Tu’, Sabri Yunus sah nikahi Angeline Tan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon, Angeline Tan pada pagi Sabtu.

Kedua-duanya dinikahkan oleh Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan disiarkan secara langsung di laman Facebook.

Pada majlis ringkas itu, Sabri, 62, menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai emas kepada Angeline, 56.

Pasangan itu tampil mengayakan persalinan sedondon rona putih.

Hari bahagia itu turut dikongsikan oleh pelakon, pelawak dan penyampai radio, Issey.

“Selamat Pengantin Baru abang Sabri Yunus dan Kak Ardini/Angeline Tan.

“Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulis Issey di laman Instagram.

Sabri dan Ageline digandingkan buat kali pertama menerusi drama Pak Din KK pada 1992.

Ketika itu, Angeline menganggapnya sebagai guru dalam lakonan.

Mereka kemudian meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka mengalas watak Wan Ismail Golok dan Lucy.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

https://www.tiktok.com/@mvrasmi/video/7289680604457618690?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246243822802585089

Author

Pilihan Editor