HomeTeknologiTikTok, Snapchat sepakat tangani imej penderaan seks kanak-kanak AI

TikTok, Snapchat sepakat tangani imej penderaan seks kanak-kanak AI

LONDON: Aplikasi popular iaitu TikTok, Snapchat dan Stability AI berikrar untuk bekerjasama menentang imej penderaan seks kanak-kanak yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI).

Perkara itu dibuat menerusi tandatangan dalam kenyataan bersama yang turut menyenaraikan kerajaan Britain, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Australia antara 27 pihak berkerjasama pada satu acara semalam yang diadakan menjelang sidang kemuncak global, dihoskan oleh United Kingdom (UK) mengenai keselamatan AI minggu ini, lapor Gov.UK.

“Kami berazam untuk mengekalkan dialog dan inovasi teknikal dalam menangani penderaan seksual kanak-kanak pada zaman AI.

“Kami berazam untuk bekerjasama bagi memastikan kami menggunakan AI yang bertanggungjawab untuk menangani ancaman penderaan seksual kanak-kanak dan komited untuk terus bekerja secara kolaboratif bagi memastikan risiko yang ditimbulkan oleh AI menangani penderaan seksual kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Laporan sama turut menyatakan bahawa hasil data daripada Internet Watch Foundation menunjukkan, satu forum web gelap berkongsi hampir 3,000 imej AI yang menjana bahan penderaan seksual kanak-kanak.

“Adalah penting sekarang kami menunjukkan contoh dan menghapuskan penyalahgunaan teknologi baru muncul ini sebelum ia mempunyai peluang untuk bercambah sepenuhnya,” kata Ketua Eksekutif IWF, Susie Hargreaves.

Author

Pilihan Editor