Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kebanyakan majikan memilih pekerja bukan kerana ijazah, tetapi atas beberapa faktor seperti boleh berfikir sendiri, ada inisiatif, seimbang dalam mengejar kerjaya dan merendah diri.
Menurutnya, kemahiran adalah aspek yang perlu dikuasai oleh golongan milenial jika ingin mendapat pekerjaan yang diinginkan.
Beliau berkata demikian di forum Perkeso IPEF 2023 yang di KLCC pada Rabu.