HomeHiburanYuna Asia Tour di Kuching, 27 Oktober ini!

Yuna Asia Tour di Kuching, 27 Oktober ini!

PASTINYA ramai yang tidak sabar menyaksikan persembahan mantap dari penyanyi, Yuna di Malaysia!

Yes! Penyanyi kesayangan ramai ini bakal menganjurkan konsert ‘Yuna Asia Tour’ di Hikmah Exchange, Kuching, Sarawak pada 27 Oktober 2023.

Seiring album kelimanya Y5 dirilis, Yuna atau Yunalis Zarai,36, bakal menemui penggemar yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan karier seninya dari zaman MySpace sehingga dipinang meastro muzik David Foster untuk ikut bernaung di bawah Verve Music Group.

Yuna Asia Tour akan mencipta momen tersendiri menerusi penampilan kredibiliti seni Yuna yang kini semakin popular di pelusuk dunia.

“Dengan imej dan ‘kuasa’ Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa.

“Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karya-karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami di RK LiveAsia dan Icon Entertainment percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan spektakular daripada beliau.

Save the date guys, 27 Oktober 2023. See you guys soon,” ujar Iman Tang dan Rahul selaku penganjur.

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27 menerusi lagu Terukir Di Bintang itu bakal mendendangkan tembang hitnya sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu merangkumi single terkininya, Masih Sunyi yang dirilis tahun ini bersama rendisi lainnya seperti Hello, Lullabies serta Dan Sebenarnya.

Bagi anda yang berminat mendapatkan tiket, jualan kini dibuka menerusi laman https://www.ticket2u.com.my/event/32887.

Author

Pilihan Editor