HomeHiburanAlif Teega kahwin dua, nama Hafiz Mahamad, Beto, Alif Satar 'diseru' netizen

Alif Teega kahwin dua, nama Hafiz Mahamad, Beto, Alif Satar ‘diseru’ netizen

PENGAKUAN pempengaruh media sosial, Alif Teega berkahwin dua dengan seorang wanita pada 18 November lalu nyata mengejutkan orang ramai.

Mana tidaknya, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, selama ini dilihat begitu mesra dalam perkongsian video bersama isteri pertama, Aisyah Hijanah membuatkan rata-rata netizen beranggapan rumah tangga pasangan berkenaan tampak tenang.

Malah, pendedahan yang dinyatakan Alif menerusi Instagram miliknya semalam turut mengecewakan sebilangan peminat kerana menyifatkan Alif sanggup memadukan Aisyah yang kini sedang hamil kandungan ketiga.

Pengakuan Alif nyata mengejutkan ramai pihak sehingga memberi impak khususnya kepada golongan wanita

Menjadi perhatian di aplikasi X apabila isu perkahwinan kedua Alif ini dilihat kurang disenangi warga maya terutamanya dalam kalangan wanita.

Dalam pada itu, nama pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad serta beberapa pelakon seperti Beto Khusyairy dan Alif Satar turut ‘diseru’ warga net dengan harapan tidak mengecewakan isteri mereka.

The last man standing!

“Abang jangan kahwin dua tau, jenuh kami lelaki nak pujuk orang perempuan untuk percayakan kita balik,” tulis seorang netizen dengan memuat naik gambar profile Tik Tok Hafiz Mahamad.

https://twitter.com/pudynzayn/status/1728739916623036676?s=48

Author

Pilihan Editor