HomeBeritaViral'Basuh kerusi tu!' - Pemandu bas berang warga asing berak dalam bas

‘Basuh kerusi tu!’ – Pemandu bas berang warga asing berak dalam bas

PENGOTOR! Seorang lelaki dipercayai warga asing didakwa membuang air besar di dalam sebuah bas.

Menerusi video tular di aplikasi X, kelihatan penumpang itu sedang membuka butang bajunya sambil dimarahi oleh pemandu bas.

“Aku bawa kau jauh-jauh, kau berak dalam bas! Basuh semua kerusi. Mana tahi kau buang?.

“Kau letak kat mana tahi tadi? Habis seluar kau kena, basuh kerusi tu,” kata pemandu bas dalam keadaan marah.

Namun begitu, warga asing itu hanya mendiamkan diri tanpa membalas soalan yang ditanya kepadanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net menyelar tindakan penumpang itu yang disifatkan pengotor dan menjijikkan.

“Sikap macam tiada tamadun,” selar netizen.

“Dia bawa perangai dari kampungnya,” komen netizen.

“Warga asing memang macam tu, biasa dah berak dalam bas,” tulis pengguna X.

Author

Pilihan Editor