HomeGlobalBriged Al-Qassam dakwa musnahkan 27 kenderaan tentera Israel dalam tempoh 48 jam

Briged Al-Qassam dakwa musnahkan 27 kenderaan tentera Israel dalam tempoh 48 jam

 

SAYAP bersenjata kumpulan Hamas, Briged Al-Qassam, pada Isnin berkata, pejuangnya memusnahkan 27 kenderaan tentera Israel di Gaza dalam dua hari lalu, lapor Agensi Anadolu.

Mujahidin (pejuang) kami memusnahkan 27 kenderaan tentera Israel sebahagian atau sepenuhnya dalam tempoh 48 jam yang lalu dalam pertempuran (di Gaza), jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obeida berkata dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa pejuang Al-Qassam turut menyerang tentera Israel dengan berpuluh-puluh peluru mortar.

Tentera Israel masih belum mengulas mengenai pengumuman kumpulan pejuang Palestin itu.

Israel berkata, 30 askar telah terbunuh dan 260 yang lain cedera sejak ia memulakan operasi darat yang diperluaskan di Genting Gaza pada 27 Oktober.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Genting Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 10,022 rakyat Palestin, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita, telah terbunuh dalam pengeboman Israel di Genting Gaza. Angka kematian Israel hampir 1,600, menurut angka rasmi.

Author

Pilihan Editor