HomeBeritaViral'Garik!' - Hazeman Huzir selar wanita tak sensitif isu Palestin

‘Garik!’ – Hazeman Huzir selar wanita tak sensitif isu Palestin

CYBERJAYA: Sikap segelintir wanita Malaysia yang dianggap tiada sensitiviti terhadap mangsa di Palestin membuatkan pengacara dan aktivis kemanusiaan, Hazeman Huzir berasa jengkel.

Menurut Hazeman atau lebih dikenali Haze, ketika sedang bersiaran langsung bersama individu dari Palestin yang mendakwa rumahnya baru sahaja di bom itu, kelihatan beberapa ‘viewers’ meninggalkan komen memuji paras rupa pemuda Palestin itu.

I am very disappointed in yesterday’s live session at its comment section.

“Punya lah content-content aku sebelum ni memartabatkan para suri rumah dan golongan hawa.

“Macam ni ke rupa kaum yang aku pertahankan? Bukan seorang je perempuan, tetapi ramai ya. Ramai!.

“Aku buka komen section tu untuk pandangan dan soalan bernas. Tapi yang muncul adalah komen wanita-wanita ‘gelenyar’ dan garik seolah tak pernah nampak jantan dalam hidup,” luahnya kesal.

Malah, Hazeman turut mendakwa bukan seorang dua yang memberikan komen sebegitu namun, ramai wanita yang berkelakuan sedemikian.

“Ini baru dekat live IG belum lagi dekat app TT. Aku nampak komen “nak jadi bidadari syurga kepada pejuang”. Siap “pejuang sinsing lengan” became a trending link.

“Pastu bila check profile rupanya mak-mak orang. Maaf kata, kalau nak jadi bidadari syurga, please act like you want to actually enter heaven.

“Dan bukan tinggalkan komen seperti wanita tidak beragama tanpa pedoman,” selarnya.

Tambah Haze, dia terpaksa meneruskan siaran langsung dengan penuh rasa malu disebabkan sikap segelintir wanita yang dianggap tidak bertamadun.

Just so you know, I continued the live with great embarrassment because my fellow Malaysians cant behave like a proper human. Hati tu buta dan tone deaf,” katanya.

Author

Pilihan Editor