HomeHiburanJahat mulut, Wawa Zainal halau pengikut biadab keluar ‘live’

Jahat mulut, Wawa Zainal halau pengikut biadab keluar ‘live’

PETALING JAYA: Berang selepas ditanya bila mahu bercerai, pelakon cantik Wawa Zainal mengambil pendekatan menghalau seorang pengguna media sosial yang bertanyakan soalan itu supaya keluar daripada siaran langsung menerusi TikTok.

Malah, pemilik nama lengkap Nur Hawa Zainal Abidin itu menyifatkan tindakan individu tersebut sebagai manusia yang tidak berhati perut dan bermulut jahat.

“Ya Allah, jahatnya mulut awak. Awak tidak layak berada dalam siaran langsung ini. Sila keluar okey. Sebelum bertanya soalan, fikir dahulu jangan main tulis sahaja apa yang awak rasa,” kata isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu.

Usai siaran langsung itu, video berhubung pertanyaan wanita itu dikongsi semula pengguna akaun TikTok lain semalam, sekali gus mengundang respons peminat yang turut mengeji tindakan biadab tersebut.

Dalam sedutan klip terbabit, jelas kelihatan riak wajah Aeril terkejut dan kesal dengan soalan kurang cerdik diajukan individu berkenaan.

“Cuba bayangkan orang tanya soalan ini kepada emak awak (Mira), apa yang awak rasa, lagipun kalau mereka bercerai, Ariel tak kempunan mahu masuk meminang awak,” komen seorang peminat.

“Lain kali masuk tempat orang kena ada adab, kalau tiada yang berfaedah, sila diam, jangan memekak menyusahkan orang lain,” demikian komen seorang lagi peminat.

Ini bukan kali pertama berlaku, sebelum ini teman seperjuangan iaitu Izzue Islam dan isterinya juga pernah diajukan soalan lebih kurang sama, barangkali mahu menyakitkan hati pasangan terbabit. – Kosmo

Authors

Pilihan Editor