HomeGaya HidupKerap minum kopi, teh boba boleh sebabkan anemia!

Kerap minum kopi, teh boba boleh sebabkan anemia!

ANDA gemar minum teh boba atau kopi? Rasa tak lengkap kalau sehari tak ambil minuman itu? Jaga-jaga!

Timbalan Dekan Akademik (Sains Kesihatan) dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Barakatun Nisak Mohd. Yusof menyatakan kerap minum teh boba dan kopi berupaya menjadi punca kepada penyakit anemia atau kurang darah merah.

Menurutnya, situasi itu berlaku kerana minuman berkafein menghalang penyerapan zat besi pada makanan.

Malah, kajian mendapati zat besi hilang 62 peratus apabila seseorang makan bersulam teh manakala bagi kopi pula 35 peratus.

“Apabila remaja makan hidangan lengkap, nasi bersama lauk-pauk seperti ayam misalnya, tetapi bersulam dengan teh boba, maka zat besi daripada protein itu tidak dapat diserap dengan baik kerana adanya kafeine.

“Walaupun segelintir individu makan makanan berkhasiat tetapi ia akan terbuang sebegitu sahaja disebabkan minuman berkenaan,” katanya memetik Utusan.

Justeru, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil kuantiti pemakanan secara bersederhana.

Author

Pilihan Editor