HomeBeritaMahkamah & JenayahKes bakar mercun di pangsapuri, polis minta orang ramai tampil beri maklumat

Kes bakar mercun di pangsapuri, polis minta orang ramai tampil beri maklumat

PETALING JAYA: Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian pembakaran mercun di kawasan blok sebuah pangsapuri di Pelangi Damansara di sini, diminta tampil membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu dikesan pihaknya menerusi satu rakaman video yang tular pada Ahad.

“Hasil semakan, kejadian dipercayai berlaku pada Sabtu. Pemantauan di lokasi juga telah dilaksanakan pada malam Ahad, namun tiada mercun dibakar.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya memetik Sinar Harian pada Isnin.

Menerusi video itu, mercun terbabit dibakar di kawasan sempit antara blok perumahan tersebut.

Tindakan itu dilihat agak berbahaya memandangkan mercun yang dibakar itu meletup hampir dengan tingkap dan unit kediaman.

Malah, situasi itu turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen yang memaklumkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku khususnya di kawasan perumahan berkenaan.

Author

Pilihan Editor