HomeTeknologiSelangor satu-satunya negeri diiktiraf Apple latihan modul Swift

Selangor satu-satunya negeri diiktiraf Apple latihan modul Swift

PADA pembentangan 2024 untuk negeri Selangor baru-baru ini, turut dinyatakan bahawa Selangor akan menubuhkan Selangor Jobs & Skills Council dalam terus mengenal-pasti peluang kerja dan meningkatkan produktiviti pekerja di Selangor.

Selari dengannya, antara program yang telah dilaksanakan adalah Selangor Technical Skills Development Centre, yang menawarkan program TVET bernilai tinggi kepada orang ramai.

Sejumlah model telah dibangunkan dengan kerjasama syarikat berteknologi tinggi untuk tujuan berkenaan, termasuk bersama Apple, Festo, Siemens dan Dassault Systems.

Turut dikongsikan adalah Selangor merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang diiktiraf bertauliah oleh Apple untuk latihan modul pengarucaraan Swift bagi platform iOS.

Untuk makluman, Swift merupakan bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan oleh Apple dalam memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi untuk iOS, Mac, Apple Watch dan juga Apple TV.

Pelaksanaan ini juga turut membawa kepada penghasilan bakat-bakat tempatan di Selangor yang boleh bekerja dalam bidang pembangunan aplikasi yang mempunyai peluang pasaran yang tinggi bukan sahaja dalam negara, tetapi juga di luar negara. – Amanz

Authors

Pilihan Editor