HomeNiaga‘MY Pizza is better’ - Netizen sokong cadangan US Pizza tukar nama

‘MY Pizza is better’ – Netizen sokong cadangan US Pizza tukar nama

CYBERJAYA: Rangkaian makanan segera, US Pizza menyatakan hasrat untuk menukar nama identiti pemasarannya.

Perkara itu susulan boikot yang dijalankan sempena keganasan yang berlaku di Gaza sekali gus menyebabkan syarikat piza jenama tempatan itu turut terjejas.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, US Pizza memuat naik sebuah poster berhubung hasrat tersebut dengan bertanyakan kepada warga net cadangan nama baharu bagi identiti mereka.

“Korang nak kita tukar nama?

“Jika posting ini mendapat 10,000 Likes dan Komen kita tukar nama!” maklum US Pizza dalam poster berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net tidak melepaskan peluang melontarkan cadangan bagi nama baharu US Pizza.

Majoriti pengguna di Facebook berpandangan nama US Pizza sesuai diganti dengan My Pizza yang membawa maksud Malaysia Pizza.

“MY Pizza is better,” tulis pengguna Facebook.

We stand with MY Pizza too!” komen seorang lagi netizen.

Yeah, support. The first thought was ‘My Pizza’ too, like everyone else,” tulis warga net.

Untuk makluman, US Pizza diasaskan oleh seorang pembuat piza Donald Duncan pada 1990-an dan cawangan pertamanya dibuka di Malaysia pada 1997.

Usahawan Malaysia, Jeremy Hiew membeli jenama itu pada tahun 2015.

Ia mempunyai 100 buah cawangan di Malaysia dan Indonesia.

Author

Pilihan Editor