HomeHiburan'Sampai bila ya tak nak bayar KWSP pekerja' - Individu dakwa syarikat...

‘Sampai bila ya tak nak bayar KWSP pekerja’ – Individu dakwa syarikat Shuib tak bayar KWSP

CYBERJAYA: Tular di TikTok, seorang individu tidak dikenali mendakwa pemilik Bubble Bee, Shuib, culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai majikan dalam mencarum menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di TikTok @penuntutkeadilan, syarikat Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan namun, tiada sebarang transaksi dimasukan ke dalam akaun KWSP pekerja.

Dakwanya, isu ini tidak pernah berlaku sepanjang tahun 2021 dan 2022 namun, pada 2023 hanya satu atau dua bulan sahaja yang dicarum.

“Sampai bila ya tak nak bayar KWSP pekerja? Setiap bulan dalam slip gaji untuk EPF ditolak sedangkan dalam I-Akaun KWSP tiada transaksi kemasukan duit dibuat.

“Ke manakah duit yang hilang hasil penolakan EPF di dalam setiap slip gaji pekerja tu?

“Masuk sahaja tahun 2023 tiada sebarang pembayaran KWSP dibuat. Kalau ada pun hanya satu bulan ataupun dua bulan sahaja.

“Itupun sekadar mengaburi mata pihak yang lain. Sekarang ni dah hampir ke penghujung tahun, ke manakah bayaran bulan-bulan yang selebihnya itu ya,” dakwanya.

Selain isu caruman KWSP, syarikat itu juga dikatakan kerap membayar lewat gaji pekerja.

Cut off gaji 23hb tapi gaji tetap dapat lewat 7hb ataupun lebih dari 7hb. Setiap double pay dan OT dibayar lewat pertengahan bulan. Kenapa pihak anda sentiasa menunda hak pekerja bawahan anda.

“Orang luar boleh cakap ‘tahniah anak Melayu berjaya’ tapi hakikatnya? Kebajikan pekerja hauk, berapa ramai pekerja keluar masuk dalam beberapa tahun ni disebabkan pengurusan atasan bermasalah dan isu KWSP ni juga,” katanya.

Dakwanya lagi, dia sudah mengemukakan aduan ke KWSP dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) namun pihak berkenaan senyap seperti tiada aduan dibuat.

Malah, individu itu memaklumkan setiap komen di Instagram yang bertanya tentang gaji dan KWSP akan dipadam dan ‘block’.

“Aduan ke KWSP dan Jabatan Buruh sudah dibuat, tapi pihak berkenaan senyap seperti tiada aduan dibuat.

“Benda ni agak musykil ya sudah banyak aduan telah dibuat dalam masa setahun ni tapi apakah tindakan pihak berwajib untuk isu ni.

“Setiap apa yang dikomen di Instagram anda tentang isu gaji ataupun KWSP ini, anda padam dan anda ‘block’ sesetengah akaun tersebut dan saya juga antara salah satu orang yang anda block.

“Anda tahu mengenai isu KWSP ini tapi anda senyap seolah-olah anda buat buat tidak mengetahuinya,” katanya kesal.

Sebelum mengakhiri, individu itu berharap isu terbabit dapat diselesaikan dengan segera dan keadilan buat para pekerja yang teraniaya dapat ditegakkan.

Author

Pilihan Editor